Antonio Vivaldi
Antonio Vivaldi

Antonio Vivaldi

Antonio Lucio Vivaldi (4 Mac 1678 – 28 Julai 1741), nama gelaran [il Prete Rosso] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("Paderi Merah") kerana rambut merahnya, merupakan seorang komposer Baroque, paderi, dan pemain biola virtuoso (luar biasa hebatnya) Itali, dilahirkan di Venice. Beliau dikenali sebagai salah seorang komposer Baroque teragung, dan pengaruhnya sepanjang hayatnya tersebar luas di Eropah. Beliau dikenali terutamanya menggubah konserto instrumental, terutamanya untuk biola, dan juga karya koir keagamaan dan lebih 40 opera. Karya terkenalnya ialah siri konserto biola dikenali sebagai The Four Seasons.